Rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan kepada pembinaan dan
pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu
komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti atau bagi mereka yang berminat
dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan
rangkaian sosial adalah berasaskan web
dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan dan sebagainya. Di
antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah MySpace,
Bebo, Facebook
dan Friendster.
Web
2.0 yang mengandungi pelbagai jenis alatan rangkaian sosial yang menyediakan
kemungkinan untuk berkongsi dan membina pengetahuan. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan alatan rangkaian sosial menyediakan satu model
pembelajaran dan juga penglibatan dalam masyarakat kepada pelajar. Menerusi
penggunaan rangkaian sosial, pelajar mendapat keyakinan baru dan pengalaman
perkembangan diri yang membolehkan mereka membina pengetahuan secara kreatif,
terarah kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat.
Bartlett-Bragg
(2006) mendefinasikan rangkaian sosial sebagai ruang lingkup applikasi yang
meluaskan kumpulan interaksi dan berkongsi ruang untuk berkolaborasi, hubungan
sosial dan mengumpul pertukaran maklumat dalam persekitaran berasaskan web.
Definisi ini memberi kefahaman tentang reka bentuk pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai alatan dan aktiviti yang tersedia melalui rangkaian
sosial.
Boyd
dan Ellison (2007) pula mendefinasikan rangkaian sosial sebagai perkhidmatan
berasaskan web yang membenarkan individu-individu untuk:
i.
Membina profil umum atau separa-umum dalam sistem terbatas.
ii.
Menyatakan senarai pengguna lain dengan orang yang mereka berkongsi suatu
hubungan.
iii.
Melihat dan menjelajah senarai hubungan mereka dan yang dibuat oleh orang lain
dalam
system.
Kajian
menunjukkan ramai pengguna laman rangkaian sosial berkomunikasi dengan orang
yang telah sedia dikenali bagi mengekalkan persahabatan berbanding untuk
mencari rakan baru (Boyd & Ellison, 2007). Secara demografi, majoriti
pengguna Web 2.0 merupakan golongan muda. Kajian di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa pelajar yang sibuk dengan pelajaran sekalipun akan terlibat
dengan rangkaian sosial seperti Facebook sekurang-kurangnya 30 minit setiap
hari (Pempek, et. al, 2010) Ini menunjukkan penggunaan rangkaian sosial telah
diintegrasikan ke dalam kehidupan harian golongan muda di sana.
Berdasarkan
dapatan kajian Batchelder (2010), penglibatan aktif dalam rangkaian sosial
memberi makna kepada pelajar dari segi :
i.
Membina keyakinan terhadap keupayaan untuk mencari apa yang diperlukan.
ii.
Kebolehan sebenar dan perkembangan diri.
iii.
Menyelesaikan masalah melalui komunikasi dengan orang lain.
iv.
Menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah dikenali.
Antara
aktiviti pelajar dalam rangkaian sosial adalah menggabungkan maklumat-maklumat,
tag dan mentadbir maklumat, mengurus dan menyimpan sumber maklumat,
berkolaborasi dan mengawas proses untuk menyelesaian masalah secara khusus. Ini
semua dapat dilakukan menerusi penggunaan alatan rangkaian sosial secara
efektif (Batchelder , 2010).
Alatan
Rangkaian Sosial
Terdapat
banyak produk yang diklasifikasikan sebagai alatan rangkaian sosial. Jenis
produk yang digunakan oleh pendidik dapat dikategorikan mengikut aktiviti
produk berkaitan. Alatan rangkaian sosial adalah bersifat “baca/tulis”, yang
memberikan perkhidmatan interaktif kepada pengguna dalam talian. Oleh itu,
pengguna boleh mengawal data dan maklumat sendiri (Maloney, 2007). Teknologi
ini menjadikan perkongsian isi kandungan dalam kalangan pengguna dan peserta
menjadi lebih mudah berbanding masa dulu dan mengubah cara dokumen dicipta,
digunakan, dikongsi dan disebarkan.
Alatan
rangkaian sosial juga dilihat mempunyai peranan penting untuk mengubah proses
pengajaran dan pembelajaran (Alexander & Levine, 2008). Alatan rangkaian
sosial yang memberi perkhidmatan khusus dalam pendidikan termasuklah blog,
mikroblog, wiki, social bookmarking, perkongsian media dan laman
rangkaian sosial.
Integrasi
Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Alatan Rangkaian Sosial
Teknologi
web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan terkini yang mana guru dapat memanfaatkannya untuk
merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan
rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah
mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan pengharapan terhadap
teknologi atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar
konteks bilik darjah dan bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, et. al, 2010).
Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak
menggunakan alatan rangkaian sosial untuk pengajaran dan pembelajaran supaya
dapat disesuaikan dengan generasi pelajar baru ini.
Pengunaan
Rangkaian Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan
alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif.
Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada
pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan
pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan
yang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang
dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para
penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan
boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk
dengan baik (Nelson et. al, 2009).
Pembelajaran
menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka
sendiri. Menurut Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial
menyediakan pelajar dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada
mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang
berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan alatan rangkaian sosial mampu
memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka
sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir. Pelajar dengan
amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
Integrasi
alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan
dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran
sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan
pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar
tanpa teknologi, namun kerjasama antara pelajar daripada pelbagai latar
belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman pelajar. Menurut
Batchelder (2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut
memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan
aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan
Penggunaan rangkaian sosial berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran kerana ia merupakan cara terbaik untuk memanfaatkan nilai
pendidikan dalam laman sosial. Ada pendidik telah membuat kajian di mana
pelajar lebih suka berada di ruangan sembang (chat room), blog, dan sebagai nya
untuk membuat tugasan serta ulangkaji. Aktiviti ini menarik minat pelajar,
walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas..Para guru boleh memuat naik tugasan/bahan pengajaran
untuk pelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklum
balas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan
masalah serta merta. Pelajar akan
mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus
menerusi dari guru nyata perlu menunggu dalam jangka masa yang lama.
Kerajaan perlu mengkaji
semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusi
pengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang akan
pengaruh buruk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi,
untuk menjadikan ia lebih mudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas.
Hal yang sama juga perlu diterapkan pada jaringan sosial. Dasar keselamatan
masih penting supaya para pelajar tahu tentang
keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika melayari Internet, tahu
apa yang seharusnya mereka layari di Internet agar tidak menyimpang dari tujuan
sebenarnya yang untuk menegak sesi ilmu pengetahuan .Para pengajar boleh
menggunakan laman sosial tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan
secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan subjek/kursus yang diajar.
Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan
laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan
mereka.
Alat ICT
yang selalu diguna untuk pembelajaran ialah komputer dan perisian pendidikan
sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah
Computer Assisted Instruction (CAI) diguna untuk menggambarkan penggunaan
komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted
Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan.
Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian
pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian Rangkaian
sosial pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan
dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang ada pada
hari ini kebanyakannya berciri Rangkaian sosial multimedia. Secara umum, setiap
perisian pendidikan mengandung satu atau
lebih daripada komponen berikut:
•
mempersembahkan maklumat,
•
membimbing,
• menyediakan/memberi
latihan
•
menilai pencapaian
Sebahagian
besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran dibentuk
berdasar kepada model Tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru
sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Rangkaian sosial
boleh di adaptasi dalam pendidikan (Clack
dan Sun, 1996). Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan
ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
• mengakibat pembaziran masa dan
tenaga.
• menghalang penggunaan kemudahan ICT
yang lebih produktif.
• menjurus ke arah penyalahgunaan
kemudahan ICT.
• mengakibatkan lebih banyak ganguan
dan masa yang lama diperlukan oleh murid untuk
belajar
sesuatu bidang ilmu.
Penggunaan Rangkaian sosial secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi murid.
•
Membolehkan
pembelajaran bersendiri (individualise learning) dan berkumpulan
• Membolehkan murid mengakses maklumat
yang sukar diperolehi.
• Membolehkan murid mengumpul maklumat
yang perlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan murid mencuba atau
melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksana
dengan cara biasa.
• Meningkat daya kreativiti dan
imaginasi murid.
• Memberi peluang kepada murid belajar
secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkat
kemahiran ICT.
Kelebihan Mengguna Rangkaian Sosial Untuk Pembelajaran adalah seperti :
• Memberi peluang kepada murid untuk
menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
• Mendorong murid terlibat secara
lebih aktif dalam pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk
menangani masalah sebenar di dalam kelas.
• Memberi peluang kepada guru
menerapkan teori pembelajaran moden seperti
constructivism,
multiple intelligence dan lain-lain.
Situasi
ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural
learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu
pembelajaran – murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan
kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown,
1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan
aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik.
Kelebihan Mengguna Rangkaian Sosial Sebagai Alat
Aplikasi ialah:
• Murid boleh memberikan
tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
• Guru boleh mengemuka
masalah yang lebih mencabar minda murid.
• Murid dapat meningkat
kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
Masa kini terdapat banyak aplikasi
pembelajaran rangkaian sosial yang boleh digunakan oleh guru-guru khusus untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi sesebuah kelas atau sekelompok murid
terpilih. Terdapat ramai di kalangan guru-guru di Malaysia yang menggunakan
peluang menggunakan aplikasi ini untuk tujuan P&P dan beberapa tujuan yang
lain. Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya
bagi kelas-kelas yang diajarnya. Kelas maya ini memberi peluang kepada
murid-murid untuk berkolaborasi bersama guru dan rakan-rakan mereka tidak kira
masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet.
Ringkasnya jika aplikasi-aplikasi
pembelajaran rangkaian sosial dapat digunakan sepenuhnya, maka ia merupakan
satu alternatif yang sangat berkesan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu sudah menajdi lumrah semakin banyak peluang yang ada semakin
banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi kita di Malaysia, antara
persoalan penting adalah kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang
mencukupi di sekolah, talian internet sama ada laju atau tidak dan juga jadual
penggunaan makmal di sekolah. Perkara tersebut tidak menjadi persoalan jika
murid-murid tidak mempunyai masalah menggunakan internet di luar sekolah
seperti adanya internet di rumah dan mudah jika hendak ke kafe siber.
Antara persolan lagi adalah melihat
kepada kepentingan penggunaan aplikasi itu sendiri. Jika seseorang guru itu
sedar kepentingannya seperti memudahkan beliau menjalankan P&P walaupun
tiada di sekolah maka dengan sendirinya aplikasi tersebut menjadi platform
terbaik mengelakkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran. Di negara-negara
maju, aplikasi-aplikasi ini telah lama didedahkan seawal sekolah rendah lagi
yang mana anda boleh buat cariannya di youtube. Guru-guru perlu berganjak
paradigma dan mencuba walaupun adanya kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya
namun cukup jika ia memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai sedikit
suasana lain dalam pembelajaran kerana arus teknologi semakin berkembang dan
rasanya rugi jika persiakan peluang yang ada.
Berikut merupakan antara rangkaian sosial yang sering mendapat
perhatian untuk P&P :
i.
Google Drive (https://drive.google.com)
ii.
Frog VLE (http://frogasia.com)
iii.
Edmodo (www.edmodo.com)
iv.
Nicenet (www.nicenet.org)
v.
I Think (http://www.ithinkinc.com)
vi.
Google Groups (http://groups.google.com)
vii.
Einztein (http://einztein.com/)
viii.
Busuu (http://www.busuu.com/)
Selaras
dengan projek 1BestariNet yang menambahbaik prasarana ICT di mana salah
satunya lebar Jalur - Kelajuan (2mbps atau 4 mbps) , begitu banyak sekolah yang
telah bertukar daripada schoolnet kepada YES. Berikutan itu KPM telah
bergerak pantas dengan memperkenalkan VLE Frog sebuah aplikasi pembelajaran
rangkaian sosial. Pada masa kini ia didedahkan kepada sekolah-sekolah yang
telah menerima YES. VLE Frog jika
ia digunakan dengan maksimum oleh guru-guru maka P&P menjadi semakin
mudah, menarik, cepat dan teratur. Contoh Penerapan Alatan Rangkaian Sosial
dalam Pendidikan adalah seperti :
Facebook
Penggunaan Facebook
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan
di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah, guru boleh membina
Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. Perhubungan dan komunikasi
berkembang dengan pesat sejak Internet diperkenalkan di seluruh dunia.
Perkembangan ini juga menyebabkan peningkatan populariti Social Network
Services (SNS) atau yang lebih dikenali sebagai jaringan sosial. Jaringan
sosial yang sangat popular pada masa ini ialah Facebook.
Facebook pada saat ini
telah menarik minat berbagai kalangan tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam
komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena
ini menarik, kerana pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial
yang bertujuan sebagai tempat saling berinteraksi antara seorang individu
dengan individu lain kemudian dilihat oleh sebagian para akademik sebagai
peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran online.
Sebagai seorang guru,
kita mestilah mempunyai pelbagai cara dan kreativiti untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan
"Facebook" dan Twitter". Melalui laman sosial ini, pelajar akan
lebih berminat untuk mencubanya. Tetapi guru hendaklah menetapkan syarat
terlebih dahulu dengan mewajibkan semua pelajar mempunyai akaun
"Facebook" dan "Twitter" terlebih dahulu. Kemudian, guru
mewajibkan semua pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuat
turun sepanjang aktiviti P&P dalam "Facebook" tersebut
berlangsung.
Kebanyakan guru memilih
saluran komunikasi Facebook kerana melalui Facebook mudah untuk
berkomunikasi dengan para pelajar. Guru boleh berkomunikasi dengan pelajar
mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana saja mereka berada selagi terdapat
kemudahan Internet. Faedah yang paling ketara ialah bagi pelajar yang sukar
untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas atau makmal, maka
melalui Facebook mereka akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea
sekiranya terdapat dikalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai
sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung guru akan
tahu sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik.
Facebook juga sangat
berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar dalam kelas maka
semasa diluar waktu kelas pelajar berkenaan boleh menggunakan saluran Facebook
untuk meluahkan ketidakfahaman mereka dengan mendapat tindak balas dari pelajar
lain atau guru berkenaan. Dengan adanya Facebook, komunikasi dapat dibuat dengan
kos percuma atau rendah.
Blog
Blog
merupakan tempat dimana penulis dapat menulis pengalaman sebenar beliau iaitu
dengan cara memautkan rangkaian bersama blog setiap ahli kelas atau sesuatu
bidang yang memudahkan lagi pengesanan. Melalui Blog, guru atau individu yang
terlibat dapat memberikan maklum balas kepada para pelajar dengan cepat dan
berkesan. Selain itu para pelajar juga berpeluang untuk mengemukakan idea atau
pendapat mereka bersama dengan rakan sebaya untuk membina pengetahuan sendiri
terutamanya bagi mengemaskini setiap maklumat baru contohnya kerja rumah atau
tugasan.
Bukan
itu sahaja, pelajar juga dapat menggunakan komen yang terdapat di dalam blog tersebut
bagi menggalakkan sikap saling membantu antara para pelajar dalam penulisan
mereka dan mendapatkan respon terhadap sesuatu soalan tanpa memberikan jawapan yang sama.
Microblog
Komuniti
bilik darjah, meneroka penulisan kolaboratif, respon pembaca, kolaborasi antara
sekolah, negeri, pengurusan projek, menilai pendapat, tempat untuk metakognisi,
seminar atau sebahagian persembahan atau bengkel, untuk rujukan atau
penyelidikan, membimbing perbincangan kelas maya, mencipta pengalaman pembelajaran
dan suatu Rangkaian Pembelajaran Personal (Personal Learning Network).
Ianya
digunakan sebagai medium penyebaran bahan dan penerbitan guru, menempatkan
sumber asal idea, petikan kata-kata, membenarkan maklum balas yang lebih fokus
dan konkrit supaya pelajar menyaring pemikiran dan meningkatkan kemahiran
mereka, menggalakkan hubungan professional, penyelidikan bukan formal,
penceritaan, mendapatkan maklum balas terhadap idea serta mengemaskini sesuatu
peristiwa.
Wiki
Digunakan
ketika pelajar menjalankan dan melaksanakan sesuatu projek berkumpulan untuk
kolaborasi idea dan menguruskan dokumen serta sumber-sumber daripada individu samada
pelajar mahupun kumpulan. Juga berfungsi sebagai alat persembahan
(e-portfolio), sebagai satu kumpulan projek penyelidikan bagi bidang tertentu,
mengurus dokumen sekolah dan bilik darjah, digunakan sebagai edaran kolaboratif
untuk pelajar dan bahan penulisan pelajar. Tempat untuk mencipta dan
mengekalkan soalan berkala dalam bilik darjah sebagai perbincangan bilik darjah
dan ruang debat, mengumpul sumber web, menyokong jawatankuasa dan sebagainya.
Perkongsian Foto/Slaid (Photo/Slide sharing)
Laman
dimana berlaku perkongsian komen dan menambah catatan terhadap foto atau imej
yang hendak digunakan dalam bilik darjah. Di sini, pelajar akan dapat
dirangsang untuk menghasilkan penulisan dan kreativiti atau mencipta satu rangkaian
persembahan dengan menggunakan gambar
foto. Hanya dengan menggunakan tag sahaja, pelajar akan dapat mencari foto-foto tempat dan peristiwa yang
berlaku di seluruh dunia untuk digunakan dalam bilik darjah. Setelah itu,
pelajar akan dapat menghantar persembahan yang telah di buat kepada para
penonton autentik bagi mendapatkan maklum balas dari seluruh dunia, berkongsi
bahan perkembangan profesionalisme dan menjadikannya tersebar sedia di semua
tempat, masa dan kepada sesiapa sahaja.
Perkongsian Video (Video Sharing)
Guru
atau para pelajar dapat membangunkan video perkembangan professional
berdasarkan terma sendiri, mencipta video mata pelajaran tertentu dengan pelajar
serta menggunakan laman perkongsian video untuk mencari video-video berkaitan
isu semasa dan sebagainya.
Social Bookmarking
Mencipta
satu set bahan sumber yang boleh dicapai pada mana-mana komputer yang
dihubungkan dengan internet, mengendalikan penyelidikan dan berkongsi dengan
rakan sebaya. Menjejak pengarang dan buku yang dikemaskini; kumpulan pelajar
melaksanakan projek dalam bilik darjah berkongsi bookmark mereka;
mengulas bookmark utuk membantu pelajar memilih bahan sumber berguna,
menetapkan tag kumpulan untuk berkongsi sumber pendidikan
Laman Rangkaian Sosial (Social Networking Sites)
Sokongan
peristiwa dan pengekalan, sokongan pasukan dan komuniti, pengumpulan aplikasi
media sosial, persekitaran pembelajaran peribadi.
Abbitt,
J. T. (2009). Evaluating the implementation of a Social Bookmarking activity
for an undergraduate course. Journal of Interactive Online Learning. 8,
1 ISSN: 1541-4914, Muat turun dari www.ncolr.org/jiol
Ajjan,
H., & Hartshorne, R. (2008). Investigating faculty decisions to adopt Web
2.0 technologies: theory and empirical tests. The Internet and Higher
Education, 11(2), 71-80, Muat turun
daripada pangkalan data Science Direct.
Alexander,
B. (2006). Web 2.0: A new wave of innovation for teaching and learning. EDUCAUSE
Review, March/April 2006, 33-44, Muat turun dari http://www.educause.edu/ir/library/pdf/erm0621.pdf
Bartlett-Bragg,
A. (2006). Reflections on pedagogy: reframing practice to foster informal
learning with social software. Muat turun pada daripada http://www.dream.sdu.dk/uploads/files/Anne%20Bartlett-Bragg.pdf
Batchelder,
C. W. (2010). Social software: Participants’ experience using social networking
for learning (Doctoral dissertation, Capella University, 2010). ProQuest. (UMI
No. 3398679).
Boyd,
D. M., & Ellison, N.B. (2007). Social network sites: Definition, history,
and scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1), Muat
turun dari http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html
Chong,
E. K. M. (2010). Using blogging to enhance the initiation of students into
academic research. Computers & Education, 55, 798-807, Muat turun
daripada pangkalan data Science Direct.
Ebner,
M., Lienhardt, C., Rohs, M., & Meyer, I. (2010). Microblogs in higher
education – A chance to facilitate informal and process-oriented learning?. Computers
& Education, 55, 92–100, Muat turun daripada pangkalan data Science
Direct.
Sadik,
A. (2009). Improving pre-service teachers' visual literacy through flickr. Procedia
Social and Behavioral Sciences, 1, 91–100, , Muat turun daripada pangkalan
data Science Direct.
Sendall,
P., Ceccucci, W., & Peslak, A. (2008). Web 2.0 matters: An analysis of
implementing Web 2.0 in the classroom. Information System Education Journal,
6(64), Muat turun daripada http://isedj.org/6/64
Simsek,
O. (2010). The Effect of Weblog (blog) students’ writing performance. Procedia
Social and Behavioral Sciences, 2, 953–958, Muat turun daripada pangkalan
data Science Direct.
No comments:
Post a Comment